Video ini mengisarkan cara pengajaran dan pembelajaran yang mudah untuk murid memahami kaedah pelajaran jawi dengan baik. Selain itu ia mengajar cara-cara bagaimana hendak mengajar dan menulis ejaan mengikut yang sebenarnya. Disamping itu kita sebagai guru seharusnya mencari inisiatif yang berkesan untuk membolehkan para pelajar atau orang awam mendapat sesuatu yang baru untuk dipelajari dengan baik.
PENDIDIKAN ISLAM
Blog ini menceritakan tentang bagaimana untuk memperkasakan tulisan jawi yang semakin kurang mendapat tempat di kalangan masyarakat kini.
Friday, 10 May 2013
Belajar Jawi
Video ini mengisarkan cara pengajaran dan pembelajaran yang mudah untuk murid memahami kaedah pelajaran jawi dengan baik. Selain itu ia mengajar cara-cara bagaimana hendak mengajar dan menulis ejaan mengikut yang sebenarnya. Disamping itu kita sebagai guru seharusnya mencari inisiatif yang berkesan untuk membolehkan para pelajar atau orang awam mendapat sesuatu yang baru untuk dipelajari dengan baik.
Penulisan jawi
Gambar-gambar ini menunjukkan sebuah sekolah yang cemerlang dari segi pengajaran seorang guru atau masyarakat yang mengganggap bahawa jawi amat penting dalam kehidupan dan generasi kini dan akan datang. Mereka mewujudkan kelas pemulihan bagi membentuk murid mengenai tulisan jawi dan memperkasakan tulisan tersebut pada masa akan datang. Selain itu, kad imbasan juga dijadikan sebagai BBM untuk menarik minat murid dalam pelajaran.
Kaedah Pengayaan
Ia merupakan sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.
Kekuatan:
Kekuatan:
- Pengayaan adalah sejenis pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka.
- Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.
Kelemahan:
- Murid cepat merasa bosan dan jemu kerana banyak aktiviti yang terpaksa mereka buat
Kaedah Huruf
Kekuatan:
- Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.
- Semua murid terlibat secara langsung.
- Keyakinan diri semakin bertambah.
- Dapat mengasah bakat dan potensi murid dengan baik.
Kelemahan:
- Murid akan merasa rendah diri.
- Perancangan dan persediaan guru perlulah teliti dan baik.
Kaedah Kefahaman
Kekuatan:
- Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.
- Keyakinan diri murid semakin bertambah.
- Mengasah potensi murid.
- Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid.
- Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid.
Kelemahan:
- Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini semasa mengajar.
- Murid yang lemah akan merasa rendah diri.
Kaedah Mengeja
Kekuatan:
- Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.
- Penglibatan semua murid
Kelemahan:
- Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran murid.
- Murid yang mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalan.
Kaedah Imlak
Imlak (dictate) bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber ( perkataan, frasa, ayat ) untuk ditulis oleh orang lain. Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, sukukata, perkataan, ayat atau wacana.
Kekuatan:
Kekuatan:
- Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.
- Penglibatan daripada semua murid.
- Mengukuhkan ejaan.
- Melatih pendengaran pada sebutan intonasi perkataan dan ayat.
- Membantu murid dalam bentuk membuat nota-nota ringkas.
Kelemahan:
- Memerlukan guru yang mahir.
- Perancangan dan persediaan yang teliti.
- Murid yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat mengikuti dengan baik.
- Murid yang lemah akan cepat merasa bosan dan jemu serta mula membuat aktiviti sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)