Friday, 10 May 2013

Kaedah Imlak

Imlak (dictate) bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber ( perkataan, frasa, ayat ) untuk ditulis oleh orang lain. Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, sukukata, perkataan, ayat atau wacana.

Kekuatan:

  • Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.
  • Penglibatan daripada semua murid.
  • Mengukuhkan ejaan.
  • Melatih pendengaran pada sebutan intonasi perkataan dan ayat.
  • Membantu murid dalam bentuk membuat nota-nota ringkas.
Kelemahan:
  • Memerlukan guru yang mahir.
  • Perancangan dan persediaan yang teliti.
  • Murid yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat mengikuti dengan baik.
  • Murid yang lemah akan cepat merasa bosan dan jemu serta mula membuat aktiviti sendiri.

No comments:

Post a Comment