1. Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap jawi. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip ' bermain sambil belajar '. Tidak dnafikan pengajaran pemulihan jawi akan menjadi lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dengan inovasi pembelajaran yang menggunakan kaedah permainan. Inovasi ini memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar mempelajari jawi dengan lebih intensif dan menarik. Menyanyi lagu vokal dan suku kata berdasarkan suku kata yang dipelajari.
Kekuatan:
- Murid tidak merasa bosan atau jemu.
- Penglibatan daripada semua murid.
- Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka.
- Guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan dan kelemahan mereka.
- Guru tidak membelakangkan kebolehan murid semasa proses P&P berjalan.
Kelemahan:
- Murid yang cergas sahaja dapat menerima pengajaran guru.
- Sedikit membebankan guru menyediakan BBM.
- Tidak semua tajuk mata pelajaran dapat digunakan dalam kaedah ini.
- Memerlukan peruntukan kewangan.
No comments:
Post a Comment